Sabtu, 14 Ogos 2010

Ketawa dan Menangis


Sepanjang kehidupan kita di muka bumi ini kita pasti pernah tertawa dan menangis...Tipulah kalau ada orang kata mereka tidak pernah merasai kedua-dua perbuatan yang lahir dari emosi ini...Namun begitu anda pasti akan terkejut jikalau saya memberitahu bahawa kedua-dua perbuatan ini telah dilakukan sejak di alam rahim lagi....yelah mane tidaknya,selalunya yang kita tahu bayi mne ada lagi emosi kan..."habis tu engkau tipulah nie"...tak saya tak tipu..selepas anda baca artikel ini pasti anda akan sedar bahawa sebenarnye kedua-dua perbuatan ni datang daripada Allah...

Firman Allah dalam surah Al-Najm..mafhumnya:

"Dan bahawa sesungguhnya Dia mentertawakan(menggembirakan) dan menangiskan (medukacitakan)"
(Al-Quran 53:43)

Ayat ini merupakan bukti saintifik yang penting mengenai penemuan tentang ekspressi wajah bayi ketika di dalam rahim lagi.

Dengan menggunakan "ultrasound scanning" menunjukkan imej yang menakjubkan sepertinya bayi itu tersenyum dan menangis..Doktor pun tak terfikir yg bayi itu mampu melakukan perbuatan tersebut..Mereka percaya bahawa bayi hanya belajar tersenyum selepas lahir dengan meniru emak mereka.


Janin yang tersenyum sehingga hampir ketawa..
Janin yang sedang menangis

Melihat gambar2 nie satu persoalan yang boleh ditanya pada diri sendiri..Kalau bayi ini yang masih belum sempurne pemikiran dan emosinya,siapa yang mengajar bayi ini untuk tertawa dan menangis?.. Soalan ini pernah ditanya kepada saintis professor Stuart Campbell dan beliau menjawab"Rahsia di sebalik senyuman bayi? Sudah tentu saya tak boleh menjawabnya...tapi saya rasa ia mungkin disebabkan kepuasan berada dalam persekitaran bebas tekanan"

Namun begitu jawapannya boleh didapati di dalam al-quran dan Allah berfirman"Dan bahawa sesungguhnya Dia mentertawakan(menggembirakan) dan menangiskan (medukacitakan)".Allah lah yang membuat bayi itu menangis dan juga tertawa..Subhanallah!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan