Rabu, 8 September 2010

Saje-saje jer


Mata belum mengantuk, malam masih muda dan berada dalam kebosanan,maka tergerak di hati ini untuk menulis coretan hidup dalam blog ini.Bukannya apa sekadar meluahkan perasaan dan mengisi masa terluang je...

Hidup di perantauan ni memang banyak dugaannya, berjauhan dengan mak bapak, duduk di suasana baru,bergaul dengan masyarakat baru memang satu dugaan besar bagi anak muda(mudalah sangat) seperti aku nie.Walaupun aku nie anak lelaki( sulung pulak tu )dalam keluarga aku namun setiap malam pasti teringatkan family aku kat kampung..Sekali sekala basahlah juga bantal aku akibat titisan jernih air mata aku nie(ceh.. padahal nak cover air liur basi) bila fikirkan diorang.Banyak pengorbanan yang diorang lakukan untuk aku sampai ke sini.Menyesal lak aku tak jadi anak yang soleh serta solehah semasa berada dengan diorang dulu.Betullah kata apek senario”bila ada tak dihargai, bila tiada tercari2”.

Dulu ngan family kalau nak makan luar,mintak je..confirm nanti ada orang bayar tp bila dah di perantauan nie,cubalah buat cam tue...tak pasal2x kena puasa sunat 7 hari .Baru terasa tingginye nilai duit tue..kagum aku dengan semua ibu bapa yang dapat tampung anak2 mereka(tabik springlah).. kalau kita nak balas budi diorang dengan material confirm tak terbayar hutang kita sampai mati.. nasib baiklah mak bapak kita tak kenakan bunga waktu tampung kita..mereka cuma berharap agar anak2 mereka mampu memberikan kasih sayang yang secukupnye kepada pada waktu mereka tua nanti.Hish 3x mulianya hati mak bapak kita..tupun ada anak2 yg tak mampu lakukan..bila dah senang maka orang tua pun dilupakan...ada yg sanggup hantar parent diorang kat rumah orang2 tua..tak patut sungguh!!!

Apapun along nak ucapkan kat ibu dan ayah..janganlah bersedih dan risau akan keadaan along kat sini..along sihat je..along nak minta maaf kalau ada salah silap semasa bersama ibu dan ayah dulu(ucapan raya tahun lepas nye)..oleh itu bagi korang yang masih bersama mak bapak lagi,hargailah diorang dan belailah diorang dengan penuh kasih sayang kerana itu je yg mereka harapkan dari insan bernama ANAK!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan