Seringkali saya terfikir bagaimana nak menjadi aktif seperti kawan-kawan saya ni.Ada yang menjadi pengarah persatuan ni, ada yang buat program itu program ini,jaulah sana jaulah sini,macam-macam lagilah.Kadang-kadang terfikirlah juga nak cuba menceburkan diri dlm bidang2 yang sebegini namun tidak mempunyai keberanian.Mengapa?Kenapa?itulah persoalan yang selalu bermain di benak fikiran saya. Alasannya yang boleh diberikan adalah low self esteem.
Golongan seperti kami ni mempunyai kesulitan dalam menghadapi kehidupan seharian.Mana tidaknya taktala berkomunikasi dengan manusia sering merasa rendah diri yang berlebihan.Sekiranya mempunyai pendapat tak mampu mengutarakan.Kalau berbalah pendapat terpaksa beralah demi menjaga hati kawan walaupun pendapat yang diberikan kadang-kadang betul.Kami juga sukar untuk mencari kawan dan menyesuaikan diri di tempat baru menyebabkan kami sering terasing dan ketinggalan.
“Kenapa tidak cuba berubah?”,”Cuba ko jadi berani sikit”itulah percakapan2 yang sering kita dengar ditujukan kepada orang macam kami tanpa cuba untuk memahami pemikiran kami.Keyakinan diri ini merupakan salah satu nilai personaliti.Seperti yang kita tahu personaliti ni mengambil masa yang lama untuk di bentuk bahkan personaliti ini di bentuk sejak dari kanak-kanak sehinggalah ke usia dewasa.Jadi manakan mungkin kami dapat mengubah personaliti kami dalam masa yang singkat.
Berbagai punca yang boleh di berikan wujudnya golongan seperti kami tapi apa yang boleh saya simpulkan penyebab utama adalah keadaan persekitaran.Ambil contoh saya sebagainya saya di lahirkan di dalam kawasan yang boleh dikatan sebagai kawasan bandar jugalah.Walaupun keluarga saya tidaklah kaya namun ibubapa saya cuba untuk memberikan yang terbaik buat saya mahu dari segi pakaian,makan minum dan yang paling utama pendidikan.
Di sebabkan itu ibu telah menghantar saya ke sebuah sekolah agama swasta yang terletak di bandar seremban.Walaupun yuran mencecah ratusan ringgit sebulan tapi ibu mahu juga menghantar saya ke sana kerana khabarnya sekolah itu merupakan sekolah agama yang bagus dan sekolah rendah agama pada zaman saya dulu amat sedikit.Seperti yang saya ceritakan sekolah tersebut merupakan sekolah swasta jadi ramai ibubapa yang lebih berkemampuan(kayalah) menghantar anak mereka ke sana,jadi banyak perebezaan yang antara saya dengan kawan-kawan saya yang saya dapati.Contonya baju sekolah mereka lebih mahal dan berjenama berbanding baju sekolah saya yang sering berjahit akibat terkoyak kerana menggunakan kain yang tidak berkualiti.Ini menyebabkan saya sering diperli oleh kawan-kawan saya dan untuk menerukkan lagi keadaan saya sering dibuli oleh rakan-rakan saya kerana keadaan fizikal saya yang montel.Di sebabkan saya sering merasa kurang yakin pada diri dan juga berasa tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
Perkara ini sedikit berkurangan ketika saya masuk sekolah menengah agama kerajaan. Ketika ini saya menceburkan diri dalam pelbagai bidang seperti menjadi pustakawan dan juga menyertai persatuan tae-kwan-do dan menyertai berbagai tournament walaupun tidak menang apa-apa(^^’) namun ketika inilah saya mula berasa yakin pada diri.
Tetapi ketika masuk ke alam universiti,kita akan didedahkan dengan lebih banyak perkara baru seperti persatuan,program dan sebagainya yang agak asing bagi kami.Bagi kami yang baru cuba membentuk keyakinan diri ,kami agak ketinggalan berbanding rakan2 seperjuangan kami.Jadi cubalah untuk memahami kerana bukannya kami nak jadi begini sebaliknya kami dipaksa jadi begini
P/s:klau nak tahu macam orng macam kami cuba tengok filem BULI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan