Isnin, 3 Oktober 2011

wanita oh wanita

”ko ni sombonglah wei”…”apasal lak ko tak layan perempuan”…”ko ni gay ker?” itulah perkataan biasa yang diucapkan oleh akhwat kepada saya kecuali yang gay itu,kadang-kadang jer kena..(=.=’) kerana kedinginan saya ketika berbual bersama golongan yang lemah(sesetengah jer)ini.Sebenarnya saya ini bukanlah sombong mahupun berfikiran songsang melainkan tarbiyah yang di berikan kepada saya sejak kecil lagi..:).Banyak faktor2 yang membentuk personaliti kedinginan saya bersama akhwat-akhwat..Namun yang paling kuat sekali adalah peristiwa yang berlaku semasa saya kecil..

Imbas kembali….

Tahun 1995(4tahun)

Terdapat seorang akhwat yang sebaya dengan saya dan juga merupakan jiran saya..time ini saya seringlah bermain-main dengan dia nie..main masak-masak,kahwin-kahwin,guli,congkak,teng-teng dan macam2 lagilah permainan tradisional yang ada ketika tu..time tu ps3,gameboy,x-box tak popular lagi jadi banyak budak-budak suka main luar..suatu hari ketika dalam proses bernikah(tipu2 jer) tiba-tiba belakang saya di libas sesuatu..pergh peritnya sampai berbekam belakang saya.. Bila saya toleh ke belakang saya nampak muka bapak budak ni kemerah-merahan sambil memegang penyapu(patutlah perit..^^’)..Dengan nada seorang komando(kebetulan bapa budak ni polis)memerintahkan anak dia masuk rumah dan memberikan first dan last warning kepada saya supaya jangan ganggu anak dia lagi.. sayapun yang masih terpinga-pinga dalam keadaan bersanding hanya mampu mengangguk jer..tak tahulah kenapa dia macam tu dia ingat saya nak kahwin lari dengan anak dia kot..tulah ketika saya nak berlebih-lebih bila cakap ngan akhwat x kisahlah cingoo ker..sunbae ker..dongsaeng ker saya akan teringat muka bapa budak ni..fuh cukuplah sekali je kena libas…^.^

(pengajaran:jangan kahwin lari anak orang)


Tahun 2002(11 tahun)

Time ini saya rapatlah dengan seorang akhwat…xdelah rapat mana..rapat yang senang berbuallah orang kata(time ini masih kecil lagi).Disebabkan kerapatan kami maka saya sering di sindir oleh kawan-kawan saya..Suatu hari terdapat soalan yang perlu di jawab di papan hitam..di takdirkan kami berdua dipanggil untuk menjawab..sedang sibuk menjawab..tiba-tiba ada budak menjerit”woi syafiq suka kaulah ain(bukan nama sebenar..;p)”..habis muka akhwat ini merah padam..dan tidak disangka2 cikgu yang mengajar tumpang sekaki menyindir(tima kasihlah…=.=) lalu terus menangislah akhwat yang sorang nie..entah kenapa apabila melihat dia menangis,saya terasa sebak lalu saya pun menangislah bersama dia sambil memegang kapur..lalu kami teruskan pelajaran dengan mata merah…barulah saya tahu bahawa akhwat ni tak suka kalo dikaitkan dengan lelaki menyebabkan saya tak suka bercakap sangat ngan akhwat supaya tak dikaitkan..

(pengajaran:jangan nangis sambil pegang kapor..siyes buruk)

Ketika saya masuk sekolah menengah ikhtilat kami memang terjaga kerana sekolah saya merupakan sekolah agama..jadi banyak polis ikhtilat yang wujud di sekolah kami..jadi takdelah perlu risau kena cakap ngan perempuan ke tak..:)..jadi kalau saya nampak dingin di mata2 akhwat minta maaflah kerana seperti yang saya katakan saya dah ditarbiah begitu…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan